Tuesday, 13 September 2016

TERENGGANU

                     PULAU REDANG




Pulau Redang merupakan pusat peranginan yang terkenal dan cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya. Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu, merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung di antara Taman Marin Pulau Redang, air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat dilihat.


Pulau Redang merupakan tempat pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan Jepun di Tanah MelayuPulau Redang adalah salah satu pulau yang besar, senyap dan tercantik di pantai timur Malaysia. Kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular dalam kalangan orang Malaysia. Salah satu pantai yang paling cantik di pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan



    9 Pulau Taman Laut
     
Pulau Redang – Pulau terbesar yang menempatkan resort-resort untuk pelancong. Di pulau ini terdapat perkampungan nelayan yang terdiri dari lebih 200 keluarga.


Pulau Pinang – Pulau yang kedua terbesar. Di pulau ini terletak Pusat Taman Laut yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Ia merupakan lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.

Pulau Ling – Berhampiran Pulau Pinang. Lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.

Pulau Ekor Tebu – Berhampiran Pulau Ling. Lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.

Pulau Kerengga Besar – Terletak di persisiran pantai Teluk Kalong Besar. Lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.

Pulau Kerengga Kecil – Terletak di persisiran pantai Teluk Kalong Besar.

Pulau Paku Besar – Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang. Lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.

Pulau Paku Kecil - Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang.


Pulau Lima - Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang. Lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.


Bagaimana nak pergi ke Pulau Redang ?



Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga boleh menaiki penerbangan terus ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.


Keistimewaan Pulau Redang

Pulau Redang: Sewaan Bot


Pelancong yang gemarkan aktiviti pengembaraan boleh menyewa bot dengan kadar harga yang berpatutan untuk lawatan ke pulau-pulau berhampiran. Anda boleh melihat pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar pulau. Anda juga boleh mengembara dengan berjalan kaki sambil memerhati burung, melihat penyu dan tumbuh-tumbuhan.



Pulau Redang: Aktiviti Perkhemahan


Di Pulau Redang terdapat beberapa lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang.




Pulau Redang: Aktiviti Taman Laut

Taman Laut Pulau Redang menyediakan pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti snorkel, selam skuba, berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, merentas denai hutan, memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan mengambil gambar di darat dan dasar laut.

Pulau Redang: Taman Laut

Taman Laut adalah kawasan perairan laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas (tanda paras air di pantai) air surut terendah dengan tujuan melindungi dan memelihara pelbagai habitat dan hidupan marin akuatik. Selepas penubuhan taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan Larangan Perikanan.


Keindahan Matahari Terbit di Pulau Redang













Wednesday, 7 September 2016

MELAKA

Melaka merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan sejarahnya.
Melaka juga merupakan negeri yang keluasannya keempat terkecil di Malaysia.
Pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).
Selain itu, negeri Melaka diisytiharkan sebagai "Melaka Maju" pada 20-10-2010 pada jam 20:10 malam di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Tambahan pula, Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.




A Famosa
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar HilirMelaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

Nama A Famosa seringkali disalah sebut sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah kata penentu "a" dalam bahasa Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris. Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang "ah").


Bangunan yang mempunyai sejarah yang banyak tahun.

Persiaran Jonker
Persiaran Jonker yang terletak di Jalan Hang Jebat merupakan syurga bagi pengumpul barang-barang antik dan murah di Bandar MelakaMelaka. Di sini terletak Pekan Cina yang memaparkan seni bina Baba dan Nyonya.

Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik. Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.

Pada Jun 2013, Ketua Menteri Melaka 
Idris Haron menutup pasar malam di sini selama sebulan atas alasan kesesakan lalulintas di kawasan ini. Selain peniaga terbabit, keputusan ini turut tidak dipersetujui oleh Menteri Pelancongan Malaysia Mohamed Nazri bin Abdul Aziz memandangkan kepentingannya terhadap pelancongan di Melaka.






Persiaran jonker mempunyai pelancong yang ramai terumatama pada waktu malam.





Gejala Christ
Gereja Christ yang berwarna merah ini terletak bersebelahan dengan Pejabat Pos Jalan Laksamana dan Muzium Belia Malaysia.
Gereja ini dibina sekitar tahun 1753 pada tempat yang sama.Gereja ini merupakan testimoni kepada seni rekabentuk Belanda yang tulen.
Di sini dapat diperhatikan bangku gereja yang buatan tangan, siling cahaya matahari yang dibina tanpa penyambung, kitab Injil tembaga, batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan lukisan 'Last Supper' pada jubin yang bersinar.



Di kawasan tersebut mempunyi banyak beca yang membawa pelancong ke tempat pelancong lain.




Bangunan yang berwarna merah mempunyai keunikan tersendiri.

Perigi Hang Tuah
Perigi Hang Tuah terletak di Kampung DuyongMelaka ini dikatakan mempunyai kaitan denganHang Tuah seorang pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini di Zaman Kesultanan Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
Pada asalnya perigi ini adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.



Perigi yang mempunyai sejarah yang benyak tahun.

Menara Taming Sari
Menara Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak di Bandar HilirMelaka. Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara keseluruhan. 

Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.

Ia mampu memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan perkhidmatan ini. 

Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.



Pelancong boleh melihat panaroma Bandar Melaka di atas.

Zoo Melaka
Zoo Melaka terletak bersebelahan Dataran SejarahAyer KerohMelakaMalaysia. Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara semula jadi.

Zoo ini dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tahun 1979.

Zoo Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggasmamaliareptilia dan amfibia. Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumateraharimau belangseladangkijang dan rusa

Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.

Zoo Melaka ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 - 11:30 malam.




Ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke night safari untuk menambah pengetahuan.


Freeport A'Famosa Outlet Village

Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70 kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.




Tempat tersebut mempunyai kedai beli-belah yang banyak.

Freeport A'Fomasa merupakan tempat membeli-belah yang paling sesuai.


The Shore Sky Tower
The Shore Sky Tower ialah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar. Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di atas sana, anda boleh melihat pemandangan sekeliling.



Pandangan di atas memang menarik.


Kedai Tan Kim Hock
Kedai Tan Kim Hock merupakan tempat yang menjual cenderamata kepada pelancong yang ingin membeli cenderamata. Kedai Tan Kim Hock sangat terkenal dengan makanan istimewa seperti dodol, gula melaka dan lain-lain.



Pelancong boleh membeli cenderamata di sini.

Video tentang luaran dan dalaman di pusat pengeluran Tan Kim Hock.


PENGENALAN







Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah kerana kita mempunyai pelbagai sumber yang dikurnia oleh Tuhan. Hal ini diperkatakan demikian kerana Malaysia mempunyai keunikan sendiri yang tidak boleh dibanding dengan negara lain. Keunikan Malaysia boleh rakyat Malaysia melihat dari segi makanan, pakaian, bangsa dan terutamanya, Malaysia merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di dunia.

Saban tahun, jumlah pelancong yang direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik pelancong berkunjung ke Malaysia.

Industri pelancongan merupakan suatu industri yang mampu menguntungkan negara jika dapat dijana dengan baik. Industri pelancongan negara telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan dan dijangka menjadi antara sektor penting dalam memacu pertumbuhan pendapatan negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa industri pelancongan negara yang semakin berkembang memberikan manfaat besar kepada ekonomi dan berupaya membuka banyak peluang baharu yang boleh dimanfaat oleh rakyat.

Menurutnya lagi, berdasarkan Laporan Tahunan 2011, sektor pelancongan negara berada di kedudukan ketujuh terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara kasar (PNK) selepas industri minyak dan gas, runcit dan pemborongan, sawit dan getah, perkhidmatan kewangan, pertanian serta sektor elektrik dan elektronik. Kita nampak di sini bahawa industri pelancongan negara berupaya menguntungkan negara jika diuruskan dengan berkesan.




Antara tempat melancong yang begitu banyak, kumpulan kami telah memilih Pulau Langkawi, Melaka, Terengganu dan Pulau Pinang untuk menyelesaikan kerja kursus GKB.

Sebab kumpulan kami memilih Pulau Langkawi ialah Pulau Langkawi merupakan tempat melancong yang paling terkenal di bahagian Utara Malaysia.



Kumpulan kami memilih Pulau Pinang kerana ia dikenal sebagai "Syurga Makanan Malaysia" (Food Paradise) yang terkenal bukan sahaja di negara kita, tetapi di antarabangsa. Banyak pelancong asing melancong di Pulau Pinang kerana tertarik dengan makanannya yang berbagai-bagai.



Sebab Melaka terpilih ialah Melaka merupakan negeri yang berkaya dengan sejarah yang sangat penting bagi sesebuah negara.



Terengganu dipilih kerana mempunyai banyak pulau yang menarik. Antara negeri yang kumpulan kami pilih, hanya negeri Terengganu yang terletak di sebelah Timur Malaysia.






Video tentang pelancongan Malaysia (2014).