Malaysia merupakan sebuah negara
yang bertuah kerana kita mempunyai pelbagai sumber yang dikurnia oleh Tuhan. Hal
ini diperkatakan demikian kerana Malaysia mempunyai keunikan sendiri yang tidak
boleh dibanding dengan negara lain. Keunikan Malaysia boleh rakyat Malaysia melihat
dari segi makanan, pakaian, bangsa dan terutamanya, Malaysia merupakan salah
satu destinasi pelancongan utama di dunia.
Saban tahun, jumlah pelancong yang
direkodkan semakin bertambah bukan sahaja pelancong dari negara jiran seperti
Singapura, Thailand dan Indonesia malah turut menjadi tumpuan pelancong asing
dari Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Industri pelancongan ini juga
mempunyai potensi besar dan mampu dijadikan sumber ekonomi baharu yang
menguntungkan. Justeru, banyak syarikat besar yang tumbuh seperti cendawan
selepas hujan mahupun agensi kerajaan yang giat melaksanakan usaha bagi menarik
pelancong berkunjung ke Malaysia.
Industri pelancongan merupakan
suatu industri yang mampu menguntungkan negara jika dapat dijana dengan baik.
Industri pelancongan negara telah menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan
dan dijangka menjadi antara sektor penting dalam memacu pertumbuhan pendapatan
negara. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu bahawa
industri pelancongan negara yang semakin berkembang memberikan manfaat besar
kepada ekonomi dan berupaya membuka banyak peluang baharu yang boleh dimanfaat
oleh rakyat.
Menurutnya lagi, berdasarkan
Laporan Tahunan 2011, sektor pelancongan negara berada di kedudukan ketujuh
terbesar yang menyumbang kepada pendapatan negara kasar (PNK) selepas industri
minyak dan gas, runcit dan pemborongan, sawit dan getah, perkhidmatan kewangan,
pertanian serta sektor elektrik dan elektronik. Kita nampak di sini bahawa
industri pelancongan negara berupaya menguntungkan negara jika diuruskan dengan
berkesan.
Antara tempat melancong yang begitu
banyak, kumpulan kami telah memilih Pulau Langkawi, Melaka, Terengganu dan
Pulau Pinang untuk menyelesaikan kerja kursus GKB.
Sebab kumpulan kami memilih Pulau
Langkawi ialah Pulau Langkawi merupakan tempat melancong yang paling terkenal
di bahagian Utara Malaysia.
Kumpulan kami memilih Pulau Pinang
kerana ia dikenal sebagai "Syurga Makanan Malaysia" (Food Paradise)
yang terkenal bukan sahaja di negara kita, tetapi di antarabangsa. Banyak
pelancong asing melancong di Pulau Pinang kerana tertarik dengan makanannya
yang berbagai-bagai.
Sebab Melaka terpilih ialah Melaka
merupakan negeri yang berkaya dengan sejarah yang sangat penting bagi sesebuah
negara.
Terengganu dipilih kerana mempunyai
banyak pulau yang menarik. Antara negeri yang kumpulan kami pilih, hanya negeri
Terengganu yang terletak di sebelah Timur Malaysia.
Video tentang pelancongan Malaysia (2014).
Terima kasih kerada sudi kongsikan maklumat! Baru saya tau Malaysia ada begitu banyak tempat yg menarik!😊
ReplyDeleteGood choices of vedio 👏🏻
ReplyDelete