PULAU REDANG
Pulau Redang merupakan pusat peranginan yang terkenal dan
cukup relaks di Malaysia dengan pasir putihnya. Pulau Redang, terletak 45km di luar pesisir pantai Kuala Terengganu,
merupakan pulau terbesar dalam sembilan buah pulau yang dilindungi di Laut
China Selatan. Pulau ini menawarkan air laut sejernih kristal dan banyak tempat
menyelam untuk keseronokan anda. Terlindung di antara Taman Marin Pulau Redang,
air di sini kaya dengan hidupan marin. Pada waktu tengahari apabila cahaya
matahari menyinari laut, terumbu karang yang cantik, buran dan ikan dapat
dilihat.
Pulau Redang merupakan tempat pemuliharaan penyu yang penting. Perairan di sekeliling Pulau Redang juga mengandungi dua buah bangkai kapal yang bersejarah, iaitu H.M.S
Putera Wales dan H.M.S Repulse yang telah ditenggelamkan di sini pada permulaan Perang
Dunia II dan mewujudkan suasana bagi pendudukan
Jepun di Tanah Melayu. Pulau Redang adalah salah satu pulau yang besar,
senyap dan tercantik di pantai timur Malaysia. Kini merupakan sebuah pulau peranginan yang amat popular
dalam kalangan orang Malaysia. Salah satu pantai yang paling cantik di
pulau ini ialah Pasir Panjang. Pasirnya putih dan airnya jernih, dengan batu karang dan ikan.
9 Pulau Taman Laut
Pulau Redang – Pulau terbesar yang menempatkan resort-resort untuk
pelancong. Di pulau ini terdapat perkampungan nelayan yang terdiri dari lebih
200 keluarga.
Pulau Pinang – Pulau yang kedua terbesar. Di pulau ini terletak
Pusat Taman Laut yang diuruskan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia. Ia merupakan
lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.
Pulau Ling – Berhampiran Pulau Pinang. Lokasi menarik untuk
snorkeling dan scuba diving.
Pulau Ekor Tebu – Berhampiran Pulau Ling. Lokasi menarik untuk
snorkeling dan scuba diving.
Pulau Kerengga Besar – Terletak di persisiran pantai Teluk Kalong Besar.
Lokasi menarik untuk snorkeling dan scuba diving.
Pulau Kerengga Kecil – Terletak di persisiran pantai Teluk Kalong Besar.
Pulau Paku Besar – Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang. Lokasi
menarik untuk snorkeling dan scuba diving.
Pulau Paku Kecil - Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang.
Pulau Lima - Terletak di persisiran pantai Pasir Panjang. Lokasi
menarik untuk snorkeling dan scuba diving.
Bagaimana nak pergi ke Pulau Redang ?
Untuk ke Pulau Redang, anda boleh menaiki bot dari Jeti Merang yang
mengambil masa 45 minit perjalanan atau dari Jeti Taman Shahbandar, Kuala
Terengganu yang mengambil masa 1 jam. Anda juga boleh menaiki penerbangan terus
ke Pulau Redang melalui Syarikat Penerbangan Berjaya Air.
Keistimewaan Pulau Redang
Pulau Redang: Sewaan Bot
Pelancong yang gemarkan aktiviti pengembaraan boleh menyewa bot dengan
kadar harga yang berpatutan untuk lawatan ke pulau-pulau berhampiran. Anda
boleh melihat pembentukan batuan dan hutan hujan yang meliputi sebahagian besar
pulau. Anda juga boleh mengembara dengan berjalan kaki sambil memerhati burung,
melihat penyu dan tumbuh-tumbuhan.
Pulau Redang:
Aktiviti Perkhemahan
Di Pulau Redang terdapat beberapa
lokasi menarik untuk aktiviti perkhemahan. Anda boleh melakukan aktiviti
perkhemahan di Teluk Dalam, Pasir Teluk Kalong, Pasir Panjang, Pasir Mak
Simpan, Pasir Mat Kepit dan Pasir Chagar Hutang.
Pulau Redang: Aktiviti Taman Laut
Taman Laut Pulau Redang menyediakan
pelbagai aktiviti menarik untuk pengunjung seperti snorkel, selam skuba,
berkelah, berkhemah, memancing, menaiki bot, berenang, merentas denai hutan,
memanjat bukit, memerhati burung, meninjau hidupan liar dan mengambil gambar di
darat dan dasar laut.
Pulau Redang: Taman Laut
Taman Laut adalah kawasan perairan
laut yang dizonkan sejauh dua batu nautika dari tikas (tanda paras air di
pantai) air surut terendah dengan tujuan melindungi dan memelihara pelbagai
habitat dan hidupan marin akuatik. Selepas penubuhan
taman-taman laut, perairan yang sama dikenali sebagai Kawasan Larangan
Perikanan.
Keindahan Matahari Terbit di Pulau
Redang
Hyperlink : http://hartiniomar.blogspot.my/2013/05/pulau-redang-terengganu-malaysia.html
http://www.caridestinasi.com/pulau-di-terengganu-yang-menarik-bercuti/
http://www.percutianbajet.com/terengganu/bercuti-di-pulau-redang
http://www.caridestinasi.com/pulau-di-terengganu-yang-menarik-bercuti/
http://www.percutianbajet.com/terengganu/bercuti-di-pulau-redang
Sangat Cantik Pulau Redang ! Maklumat sangat jelas dan mudah difahami
ReplyDeleteTerima kasih! Kami akan meneruskan usaha~ X)
DeleteTempat ini macam sangat menarik. Mesti pergi sana lain kali :D Belum lawat ke sana sebelum ini, saya berasa sana merupakan tempat yang sesuai untuk melancong.
ReplyDeleteTerima kasih! :)
DeleteWoahh cantiknya Pulau Redang! Saya belum pernah pergi Pulau Redang, harap cuti sekolah yang akan datang dapat saya pergi berenang :DD
ReplyDeleteBelum pergi tidak tau, sudah pergi pasti kembali! Jom pergi melancong! Haha! Terima kasih! :P
DeleteTQ! X)
ReplyDeleteWow, thx for information. I have never been to Terengganu before even though it seem like Langkawi Island. Really need to reconsider.
ReplyDeleteThank you! :)
DeleteAhli-ahli daripada Miracle Girls berharap dapat bercuti di tempat tersebut.
ReplyDeleteTerima kasih banyak banyak~ :P
DeleteBagus!!Pulau Redang suatu tempat untuk kita relaks dan lupa stress!
ReplyDeleteTerima kasih atas pujian anda! :P
Delete