Melaka merupakan salah satu negeri di Malaysia yang terkenal dengan sejarahnya.
Melaka juga merupakan negeri yang keluasannya keempat terkecil di Malaysia.
Pada tahun 2008, Melaka diisytiharkan oleh UNESCO sebagai Bandar Warisan Dunia (World Heritage).
Selain itu, negeri Melaka diisytiharkan sebagai "Melaka Maju" pada 20-10-2010 pada jam 20:10 malam di Stadium Hang Jebat yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia langsung dari Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur.
Tambahan pula, Melaka juga dinyatakan sebagai Negeri Bandar Teknologi Hijau.
A Famosa
Kota A Famosa (bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa
Portugis) telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka
pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar
Hilir, Melaka bersebelahan
replika Istana
Kesultanan Melaka dan Gereja
St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.
Nama A Famosa seringkali disalah sebut
sebagai /ei/ Famosa, termasuklah oleh orang Malaysia, seolah-olah
kata penentu "a" dalam bahasa
Portugis dianggap sebagai huruf "A" dalam abjad Inggeris.
Sebutan yang lebih tepat ialah /ɑ/ Famosa (bunyinya lebih kurang
"ah").
Bangunan yang mempunyai sejarah yang banyak tahun.
Persiaran Jonker
Persiaran Jonker yang terletak di Jalan Hang
Jebat merupakan syurga bagi pengumpul
barang-barang antik dan murah di Bandar Melaka, Melaka. Di sini terletak Pekan
Cina yang memaparkan seni bina Baba
dan Nyonya.
Artifak asli yang berumur sehingga 300 tahun yang lalu boleh dijumpai disamping barang-barang antik yang lain, setiap satu mempunyai sejarah dan misterinya yang tersendiri. Jalan ini yang dahulunya dikenali sebagai Jalan Jonker telah dikenali di seluruh dunia sebagai salah satu tempat yang terbaik untuk mencari dan membeli barang-barang antik. Pasar malamnya setiap Jumaat hingga Ahad, dengan sekitar 300 peniaga, menjadi tarikan pelancongan antarabangsa sejak dibuka pada 1990-an.
Pada Jun 2013, Ketua Menteri Melaka Idris Haron menutup pasar malam di sini selama sebulan atas alasan kesesakan lalulintas di kawasan ini. Selain peniaga terbabit, keputusan ini turut tidak dipersetujui oleh Menteri Pelancongan Malaysia Mohamed Nazri bin Abdul Aziz memandangkan kepentingannya terhadap pelancongan di Melaka.
Persiaran
jonker mempunyai pelancong yang ramai terumatama pada waktu malam.
Gejala Christ
Gereja
Christ yang berwarna merah ini terletak bersebelahan dengan
Pejabat Pos Jalan Laksamana dan Muzium Belia
Malaysia.
Gereja
ini dibina sekitar tahun 1753 pada tempat yang sama.Gereja ini merupakan
testimoni kepada seni rekabentuk Belanda yang
tulen.
Di sini
dapat diperhatikan bangku gereja yang buatan tangan, siling cahaya matahari
yang dibina tanpa penyambung, kitab Injil tembaga,
batu nisan yang ditulis dalam bahasa Armenia dan
lukisan 'Last Supper' pada jubin yang bersinar.
Di kawasan tersebut mempunyi banyak beca yang membawa
pelancong ke tempat pelancong lain.
Bangunan yang berwarna merah mempunyai keunikan tersendiri.
Perigi Hang Tuah
Perigi
Hang Tuah terletak di Kampung Duyong, Melaka ini
dikatakan mempunyai kaitan denganHang Tuah seorang
pahlawan yang terkemuka di Nusantara ini
di Zaman Kesultanan
Melayu Melaka (1398 - 1511). Hang Tuah Yang dilahirkan di
Kampung Duyong ini dipercayai menggali sendiri perigi ini untuk kegunaannya.
Pada
asalnya perigi ini
adalah kecil tetapi lama kelamaan menjadi besar dan dalam. Perigi ini dikatakan
tidak pernah kering, walaupun di musim kemarau panjang. Airnya sentiasa
jernih dan dikatakan boleh menyembuhkan penyakit.
Perigi yang mempunyai sejarah yang benyak tahun.
Menara Taming Sari
Menara
Taming Sari merupakan menara pandang setinggi 110 meter yang terletak
di Bandar Hilir, Melaka.
Menara ini dapat berputar 360 darjah untuk para pelawat melihat panorama Bandar Melaka secara
keseluruhan.
Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Menara ini merupakan menara berputar jenis Gyro yang pertama di Malaysia. Kos pembinaannya adalah sekitar RM 24 juta. Menara ini dibuka secara rasmi pada 18 April 2008. Rekaannya adalah berdasarkan reka bentuk Keris Taming Sari.
Ia mampu
memuatkan sehingga 66 orang dalam satu-satu masa dan dibuka mulai pukul 10 pagi
hingga 10 malam dengan harga tiket dewasa RM20, kanak-kanak RM10 dan warga emas
RM17 seorang. Menariknya pemilik Mykad pula
berpeluang mendapat potongan harga sehingga 50 % apabila menggunakan
perkhidmatan ini.
Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Satu sesi putaran akan mengambil masa kira-kira 7 minit. Di sini juga terdapat sebuah kafe yang diberi nama Taming Sari Cafe dan sebuah kedai cenderamata.
Pelancong boleh melihat panaroma Bandar Melaka di atas.
Zoo Melaka
Zoo
Melaka terletak bersebelahan Dataran Sejarah, Ayer Keroh, Melaka, Malaysia.
Di sini terdapat lebih dari 214 spesies haiwan boleh ditemui di Asia Tenggara dan Afrika secara
semula jadi.
Zoo ini
dinobatkan sebagai zoo yang terbaik di negara Malaysia. Pada mulanya Zoo Melaka ditadbir oleh Kerajaan Negeri Melaka tetapi pengurusan
Zoo Melaka diambil alih oleh Jabatan
Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam
tahun 1979.
Zoo
Melaka telah berkembang dan kini menjadi zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Ketika
ini, koleksi haiwan di Zoo Melaka berjumlah 1,200 spesimen daripada 215 spesies haiwan unggas, mamalia, reptilia dan amfibia.
Tarikan utama Zoo Melaka adalah Badak Sumatera, harimau belang, seladang, kijang dan rusa.
Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.
Jumlah pelawat adalah kira-kira 400,000 orang setahun. Waktu terbaik untuk membuat lawatan adalah di waktu pagi ketika haiwan masih aktif menunggukan masa makan. Selepas makan, haiwan akan menghabiskan masa berehat ataupun tidur.
Zoo Melaka
ada menganjurkan safari malam setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad untuk membolehkan
pengunjung melihat tabiat dan telatah haiwan sewaktu malam antara jam 8:00 -
11:30 malam.
Ibu bapa boleh membawa anak mereka pergi ke night safari
untuk menambah pengetahuan.
Freeport A'Famosa Outlet Village
Dengan lebih dari 80 kedai premium yang terdapat di dalam
Freeport A’famosa Outlet Village ini, ia nya akan menjadi syurga membeli-belah
untuk pengunjung yang berkunjung ke Melaka yang terletak tidak jauh dari ibu
kota Kuala Lumpur. Di Freeport A’famosa Outlet Village ini, lebih daripada 70
kedai premium adalah jenama luar negara yang menawarkan barangan original dan
berkualiti dengan harga yang telah diberi diskaun 30% – 70%.
Tempat tersebut mempunyai kedai beli-belah yang banyak.
Freeport A'Fomasa merupakan tempat membeli-belah yang paling
sesuai.
The Shore Sky Tower
The Shore
Sky Tower ialah tempat menarik di Melaka anda wajib cuba. Sky Tower ini
terletak di tingkat 42 The Shore Shopping Gallery bersamaan 163 meter dari
paras laut. Yang menarik nya di sini adalah terdapat lantai kaca yang lutsinar.
Ia akan menguji keberanian seseorang dan bukanlah untuk orang yang gayat. Di
atas sana, anda boleh melihat pemandangan sekeliling.
Pandangan di atas memang menarik.
Kedai Tan Kim Hock
Kedai Tan
Kim Hock merupakan tempat yang menjual cenderamata kepada pelancong yang ingin
membeli cenderamata. Kedai Tan Kim Hock sangat terkenal dengan makanan istimewa
seperti dodol, gula melaka dan lain-lain.
Pelancong boleh membeli cenderamata di sini.
Video tentang luaran dan dalaman di pusat pengeluran Tan Kim Hock.
Wah ! sangat berguna ! Terima kasih ! :)
ReplyDeleteTerima kasih! :P
DeleteMaklumat ini sangat berguna untuk saya, saya sedang mencari tempat untuk pergi semasa cuti yang akan datang ini.
ReplyDeleteThank you! :D
DeleteMaklumat telah dikemas dengan teliti, mudah difahami dan berguna. Terima kasih atas sudi kongsi maklumat yang sangat menarik ni :D
ReplyDeleteSharing is caring! Haha. Terima kasih! X)
DeleteWah rupa-rupanya Malaysia mempunyai banyak tempat yang menarik untuk bercuti XD
ReplyDeleteSemua maklumat dan gambar yang dimuat menyebabkan saya hendak meneruskan cuti sekolah!!
Jom pergi melancong! X) Terima kasih! :P
DeleteMaklumat sangat jelas dan mudah difahami!
ReplyDeleteThank You LuShul! Jom pergi melancong~~~~
DeleteMaklumat sangat jelas dan mudah difahami!
ReplyDeleteHad to admit this blog really contain much more information than others about site of tourism. I am really grateful. Perhaps some information about food in Melacca? It would be convinient if those restaurant is surrounding the site.
ReplyDeleteHad to admit this blog really contain much more information than others about site of tourism. I am really grateful. Perhaps some information about food in Melacca? It would be convinient if those restaurant is surrounding the site.
ReplyDeleteThank you for your suggestion. :P
DeleteWah!Melaka memang merupakan satu destinasi yang baik untuk melancong bersama keluarga. Thanks for sharing !
ReplyDeleteThank you Jackie XD
DeleteWah , sangat baik
ReplyDeleteThank you! :D
DeleteWah , sangat baik
ReplyDeletewah this is really brilliant!
ReplyDelete